Khamis, 28 Mac 2013

TRANSFORMASI MINDA

Disediakan oleh : shafika



 RABU,pada pukul  9.00 pagi Program Transformasi Minda telah berlangsung di Pusat Sumber Selekoh  hari ini 28 MAC 2013 dengan ringkas tetapi padat dengan slot.Program ini telah diselaras oleh Puan Hasnah Binti Mustafa,beliau merupakan Penyelia Bahagian Pembangunan Masyarakat Parlimen Bagan Datoh.
Program ini terbahagi kepada dua slot iaitu slot bicara tokoh dan satu slot lagi slot musang berjanggut.Kehadiran yang menghampiri seramai kira-kira mencecah 50 orang ini dapat dimuatkan didalam Pusat Sumber KEMAS Selekoh,Dun Rungkup,Parlimen Bagan Datoh.Tetamu kehormat yang hadir sekaligus menjadi sebagai pemberi ucapan ialah Tuan Haji Hasan Bin Hamzah.Beliau merupakan Pengerusi Yayasan Buku Malaysia dan merangkap sebagai Naib Timbalan UMNO bahagian Bagan Datoh.

Pada slot pertama iaitu slot bicara tokoh,banyak dari ucapan Tn Haji Hasan ini sangat mengujakan ,diantara nya apabila beliau menyentuh tentang hasil pengarangan beliau yang telah mencecah 25 buah buku,hasil penerbitan beliau pula telah mencecah ribuan buku dan kini sebuah galeri buku sedang dibina atas hasil titik peluh beliau juga yang dibina untuk dikongsikan bersama-sama dengan penduduk parlimen bagan datoh.
Slot kedua ialah slot musang berjanggut,slot ini ialah slot aktiviti yang melibatkan peserta ahli pusat sumber selekoh ini sendiri bersama pemaju masyarakat perpustakaan.Aktiviti ini mengisahkan pengasingan rempah ratus dan kekacang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...