Khamis, 28 Mac 2013

DEMONSTRASI MASAKAN OLEH KEMAS PARLIMEN IPOH BARAT




 Disediakan oleh : Istanbul

 19 Mac 2013,Ipoh - Satu program demonstrasi masakan telah diadakan bertempat di Pangsapuri Sri Kepayang,Ipoh.Demonstrasi ini telah disampaikan oleh Pn NorLaila Bt. Mohd Zain yang merupakan Penyelia Unit BPM KEMAS Ipoh Barat dan menu yang disampaikan adalah Masakan Jejari Ketam.Program ini yang telah dihadiri oleh 32 penduduk di Pangsapuri Sri Kepayang bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta yang hadir mengenai menu yang disampaikan iaitu Jejari Ketam Goreng yang mana menu ini berpotensi untuk dijadikan sumber pendapatan tambahan jika dijual.
Peserta tekun memerhatikan demonstrasi disampaikan

Antara bahan-bahan yang digunakan dalam menu adalah isi ketam yang dicarik-carik ketam dan juga tepung beras.Dengan cara memasak yang mudah, rata-rata peserta yang hadir dapat memahami kaedah masakan ini.Disamping itu Pihak KEMAS turut mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan maklumat mengenai peruntukan kerajaan kepada golongan isi rumah contohnya pemberian subsidi dalam pelbagai barangan dapur.Diakhir program ini,peserta yang hadir rata-ratanya berharap agar program yang seumpama ini akan dijalankan dari masa ke semasa.

1 ulasan:

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...