Khamis, 28 Mac 2013

JALINAN KASIH KEMAS PARLIMEN IPOH BARAT "TIADA TERTINGGAL,TIADA TERPINGGIR"

20 Mac 2013,Ipoh - Bertempat di Berek Polis Jln Padang Tembak, pihak KEMAS Parlimen Ipoh Barat dan peserta Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Jln Pdg Tembak telah menjalankan satu program yang dinamakan Jalinan Kasih KEMAS Parlimen Ipoh Barat berupa sumbangan hamper kepada keluarga yang memerlukan dan tidak pernah menerima mana-mana bantuan dari mana-mana pihak dan agensi.
Wakil KEMAS Ipoh Barat dan peserta kelas PKK bersama-sama ke rumah keluarga yang memerlukan.


Didalam program kali ini,Pihak KEMAS Parlimen Ipoh Barat telah turun ke Berek Polis Jln Pdg Tembak yang berada di bawah DUN Kepayang.Sebanyak 20 buah keluarga telah dipilih dan wakil KEMAS Parlimen Ipoh Barat telah turun ke rumah keluarga berkenaan bagi sama-sama menyelami dan memahami kesulitan yang dihadapi oleh keluarga berkenaan.
OCS Taman Rishah,Ipoh melahirkan rasa gembira dengan lawatan ziarah oleh Pihak KEMAS Ipoh Barat

Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Ipoh Barat,Cik Nurol Huda menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga yang memerlukan.



Keluarga yang dilawati dan diziarahi menzahirkan rasa syukur tidak terhingga dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KEMAS Parlimen Ipoh Barat diatas keprihatinan yang ditunjukkan.Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Ipoh Barat, Cik Norul Huda Bt. Ahmad Nator telah menyatakan sebagai agensi kerajaan yang sentiasa bersama dengan masyarakat adalah menjadi tanggungjawab Jabatan untuk sentiasa memahami kesulitan yang dihadapi oleh komuniti atau masyarakat sekitar dan diharap dengan sumbangan yang disampaikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang sedang dihadapi oleh keluarga berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...