Khamis, 28 Mac 2013

SANTAI MESRA ORANGI MUDA DUN KEPAYANG BERSAMA KEMAS IPOH BARAT

Disediakan oleh : Istanbul
IPOH - 24 Mac 2013,satu majlis temu mesra pengundi muda bersama  KEMAS Parlimen Ipoh Barat telah diadakan bertempat di premis KFC Ipoh Garden,Ipoh.Majlis yang bermula pada jam 9.00 malam itu telah berjaya mengumpulkan kira-kira 60 orang dari sekitar Parlimen Ipoh Barat.
Ucapan oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat
Majlis ini turut juga menjemput En Ibrahim Bin Yaakob, Naib Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat sebagai tetamu khas dan juga barisan kepimpinan UMNO Bahagian yang lain seperti Ketua Puteri UMNO Bahagian Ipoh Barat dan juga Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian.Dalam ucapan yang disampaikan oleh En. Ibrahim,beliau mengucapkan tahniah kepada pihak KEMAS kerana dapat menganjurkan majlis seumpama ini.Selain itu beliau juga menyatakan bahawa golongan muda sekarang bertuah kerana sentiasa diberi perhatian dan diberikan pelbagai kemudahan oleh pihak kerajaan dan seharusnya golongan muda atau belia seharusnya bersyukur dengan nikmat yang dikecapi sekarang.

Rata-rata  kumpulan anak muda yang menzahirkan rasa gembira dengan majlis ini kerana dapat berkenal-kenalan sesama mereka.Selain itu mereka juga dapat memperolehi maklumat-maklumat baharu dalam ucapan yang disampaikan oleh Ibrahim dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa yang akan datang.
Antara pengundi muda yang hadir
Barisan kepimpinan UMNO Bahagian Ipoh Barat
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...