Khamis, 28 Mac 2013

DEMO MASAKAN BUKTI KEPRIHATINAN KEMAS.....

BUKIT GANTANG, 28/3/2013 ( Khamis ) - PTRS bukti keprihatinan KEMAS kepada masyarakat. Pada kali ini Program Masakan Remaja menjadi pilihan orang muda dan menu makanan sihat menjadi tema untuk  untuk diperkenalkan. Tiga tempat telah menjadi pilihan untuk menjadi tuan rumah iaitu Kampung Batu Tegoh pada 23/3/2013, Kampung Parit Menteri pada 24/3/2013 dan yang terakhir di Kampung Sungai Bemban pada 28/3/2013. Jumlah kehadiran peserta adalah seramai 63 orang. Mereka yang hadir terdiri daripada pelbagai ideologi politik dan ini jelas membuktikan masyarakat menerima kehadiran dan penerangan isu-isu semasa yang disampaikan oleh penceramah jemputan. 




Antara menu yang ditunjukkan adalah Kek Lembab, Taufu Bugger dan Genggaman Kasih. Ketiga-tiga menu merupakan menu sihat dan seimbang. Peserta juga dijelaskan khasiat kacang soya yang baik untuk kesihatan dan diantaranya adalah sebagai agen pencegah kanser, penguatkan tulang dan mencegah kolestrol dalam darah. Peserta turut diketengahkan kepelbagaian makanan yang diaplikasikan daripada Barat ke Timur tanpa menjejaskan khasiat makanan.
Peserta juga berharap supaya dapat dibekalkan guru masak yang berjadual di kampung mereka kerana di kampung mereka tidak terdapat kelas masakan serta mereka perlu keluar hampir 10 kilometer jauhnya untuk ke kelas tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...