Rabu, 27 Mac 2013

PROGRAM PAUTAN KASIH DI KG. JAHANG, GOPENG

Penyelia Kanan bersama YB. ADUN Tualang Sekah bermesra dengan ibu tunggal

Salah seorang penduduk berkongsi cerita kepada YB. Pn. Nolee

Khamis, 14 Mac 2013 - Seramai 40 orang penduduk Kampung Jahang, Gopeng menerima kunjungan dari YB. Pn. Nolee Ashilin binti Dato' Mohd. Radzi (ADUN Tualang Sekah) untuk menyerahkan sumbangan merupakan hamper makanan dengan kerjasama Pengerusi & Ahli JKKK Kg. Jahang. Penduduk kampung berasa berbesar hati dan gembira dengan kehadiran YB. Pn. Nolee meninjau dan bertanyakan khabar selalu ke kampung ini. 

Warga emas terkejut dengan kehadiran YB. Nolee

Dengan adanya program sebegini rupa yang dinamakan Pautan Kasih amat bermakna bagi sesuatu penduduk kampung dan kita boleh beramah mesra dan tinjau jika ada pemasalahan yang dialami oleh penduduk kampung, kata YB. Pn. Nolee. Beliau menyatakan pihak KEMAS Kampar sering adakan program sampai beliau tidak ada masa untuk turut sama. 

YB. Nolee sempat meninjau rumah yang baru dibaikpulih

YB. Pn. Nolee yakin dengan penduduk kampung tersebut dapat memberi sokongan penuh kepada kerajaan yang sedia ada kekalkan pemerintahannya kerana kerajaan BN yang membela nasib rakyat. Dengan adanya agensi KEMAS yang merata-rata dapat menjadi penghubung kepada rakyat dan pemimpin masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...