Rabu, 27 Mac 2013

PAUTAN KASIH DI BAGAN DATOH


BAGAN DATOH - PROGRAM PAUTAN KASIH telah  berlangsung di parit 7 Kampung Sungai Sumun pada 1 mac 2013 pukul 9 pagi dan berakhir di kampung luar bandar pada pukul 7  malam.Program ini akan terus berlangsung pada 2 mac 2013 di kampung bumi hijau hutan melintang,6 mac 2013 di jenderata dan berakhir pada 7 mac 2013 di jalan timah.Program ini rencanakan oleh pihak kemas parlimen bagan datoh.Turut serta dalam program ini ialah Datin Seri Hamidah Binti Khamis yang merupakan isteri kepada Datuk Seri Zahid Bin Hamidi selaku Menteri Pertahanan Malaysia.Program ini melibatkan seramai 30 orang iaitu,kakitangan kemas bagan datoh,kakitangan jasa,wanita umno dan ketua-ketua kampung yang turut memberikan kerjasama yang baik.

Program ini bertujuan untuk memberi sedikit sumbangan disamping menziarahi penduduk parlimen bagan datoh yang dimana mereka masih dalam keadaan sedikit kesusahan dan kurang bernasib baik.Pihak Kemas berbesar hati menyampaikan sedikit bantuan berupa barang keperluan harian kepada setiap keluarga tersebut.Pihak Datin Seri Hamidah Binti Khamis juga telah menyumbangkan sedikit saguhati.




Kami mengharapkan program ini agar penduduk yang telah diziarahi ini akan diberikan perhatian supaya tidak terlepas pandang oleh masyarakat.Program ini dapat memberikan impak yang baik kepada penduduk tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...