Rabu, 27 Mac 2013

DANDANAN DIRI DI KG CHANG, BIDOR

Oleh : Bintu Darus

"Hitam-hitam si tampuk Manggis, sungguh pun hitam di pandang manis".   Itulah pepatah melayu yang sesuai untuk digambarkan kepada masyarakat orang asli di Kg Chang, Bidor yang telah menghadiri Kursus Dandanan Diri yang telah dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tg. Malim pada 26 Mac 2013 yang lalu.  Seramai 30 orang dikalangan wanita yang telah menghadiri kursus ini  



Program ini diadakan bagi bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara KEMAS dengan masyarakat disini.  Selain itu, bagi mendedahkan masyarakat disini bahawa KEMAS sebagai salah satu agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam memajukan masyarakat luar bandar dengan melalui program seperti ini.

Program ini dimulai dengan ucapan daripada Cik Rohani bt Hj Khalid selaku Penyelia Bahagian Pendidikan Masyarakat KEMAS Parlimen Tg. Malim.  Dalam ucapan beliau, beliau menegaskan bahawa masyarakat Orang Asli tidak perlu malu dan segan untuk menghadiri program-program seperti ini kerana kaum mereka iaitu bumiputera telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.  Mereka sepatutnya merasa bangga dan bersyukur kerana kerajaan sentiasa menjaga kebajikan mereka sehingga ke peringkat akar umbi.


Harapan mereka supaya, program ini akan diadakan lagi pada masa akan datang supaya mereka terdedah dengan dasar-dasar kerajaan yang sentiasa berpihak kepada mereka.  Keinginan mereka untuk menimba ilmu dan pengetahuan tersekat dengan jarak perjalanan yang jauh.  Semoga mereka diberikan ilmu yang bermanfaat untuk mencorak masyarakat yang maju dan berdaya saing.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...