Rabu, 27 Mac 2013

REMAJA TERTARIK MENGIKUTI KURSUS MASAKAN REMAJA

tenaga pengajar menerangkan cara-cara masakan

YB. Nolee membuat kuih ciptaannya "karipap pusing"

para peserta bertungkus-lumus menyiapkan kuih-muih cipataan mereka

KG. SENTANG, 24 Mac - YB. Puan Nolee Ashilin binti Dato' Mohd. Radzi, ADUN Tualang Sekah telah merasmikan Kursus Masakan Remaja di Pusat Sumber Kg. Sentang, Batu Gajah. Seramai 56 orang yang hadir kebanyakkan remaja mengikuti kursus masakan remaja yang disampaikan oleh Bahagian Kulinari KEMAS Gopeng. YB. Nolee Ashilin menyampaikan ucapan mengenai serba sedikit Bajet Perak 2013. Selain itu YB. Nolee Ashilin juga sempat beramah mesra dengan membuat kuih bersama-sama peserta kursus. Pelbagai kuih-muih dipelajari dan peserta kursus memberi perhatian sepenuhnya apa yang diajar. Program ini juga banyak memberi manfaat kepada peserta untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka sekeluarga selaras dengan seruan kerajaan untuk menggurakan kadar kemiskinan negara ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...