Rabu, 27 Mac 2013

CERAMAH PERDANA DAN DEMONSTRASI MASAKAN



 Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut

LUMUT- 25 Mac 2013 bermula jam 2.30 petang, bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Padang Tembak, Teluk Muroh, Lumut telah di adakan Program Mesra Rakyat, Ceramah Perdana dan Demonstrasi Masakan anjuran KEMAS Parlimen Lumut. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Rashidi Bin Ibrahim Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar Perak Darul Ridzuan,


Program Mesra Rakyat ini telah dimulakan dengan demonstrasi masakan oleh Puan Norhayati Binti Mohd Ali Pemaju Masyarakat Pusat Masakan KEMAS Parlimen Lumut dengan menu Mee Lakna. Setiap yang hadir telah diberikan resepi menu tersebut. 


  
Dalam program tersebut juga, Pegawai KAGAT Pangkalan TLDM iaitu Mejar Abdul Rahim Bin Awang Teh telah dijemput bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’. Dalam ceramahnya, beliau menerangkan maksud wasatiyyah iaitu kesederhanaan dan keseimbangan amalan dunia dan akhirat. Beliau juga menekankan kefahaman kalimah Allah sebagai hak tunggal Islam. 

Mejar Abdul Rahim turut menerangkan sedikit sebanyak rancangan para paderi di Malaysia yang ingin mengkristiankan orang Melayu dengan mencetak bible dalam Bahasa Melayu. Seandainya hal ini berlaku maka akan ramai orang Melayu yang cetek ilmu agama akan terkeliru dan terpengaruh dengan ajaran yang terdapat di dalam bible tersebut. 

Paderi-paderi ini menggunakan teori SPIDER untuk mempengaruhi orang-orang Melayu secara tanpa sedar. Huraian SPIDER adalah Sport, Politic, Ideology, Drug, Education dan Rock (hiburan). Bagi menangani pemasalahan ini, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk keperibadian anak-anak. Masyarakat turut bertanggungjawab dalam membantu remaja-remaja serta anak-anak Melayu agar kukuh pegangan agama dan akidahnya. Sebagai umat Islam, kita mesti seimbangkan hal-hal dunia dan akhirat yang mana ia disebut sebagai fardu kifayah.


Program diteruskan dengan ucapan daripada Pegawai KEMAS Daerah Manjung En Nor Heazi Aswal bin Hj Norbani yang menekankan isu yang berlaku di Lahad Datu, Sabah. Beliau meminta penduduk melaporkan kesangsian terhadap warga asing jika terlihat mereka di mana-mana. Pencegahan awal harus di buat sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku. Beliau turut menyeru orang ramai untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk keluar mengundi pada hari mengundi nanti.

  
Seterusnya, Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Encik Rashidi Bin Ibrahim menyampaikan ucapan ringkasnya. Antara pengisian di dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa apa yang rakyat telah kecapi dan dinikmati selama ini adalah daripada hasil perancangan dan juga perlaksanaan yang mampu diterjemahkan oleh kerajaan yang bertanggungjawab bagi memastikan kehidupan rakyat dalam pembelaan kebajikan yang terjaga dan kesejahteraaan rakyat sentiasa dalam perhatian pemimpin kerajaan kita. Rakyat harus bersyukur dengan keamanan yang telah kita kecapi selama ini. Andai kita yang mengalami situasi seperti di Lahad Datu pasti kita akan lebih berterima kasih pada anggota keselamatan negara serta kerajaan yang telah berusaha memastikan keselamatan rakyat serta phihatin terhadap mereka. 




Turut hadir bersama Pegawai KEMAS Daerah, Encik Nor Heazi Aswal Bin Haji Norbani, Penghulu Mukim Lumut, Encik Hamat Khamis Bin Abu Sahit, Pengerusi JKKK Kampung Padang Tembak, Tuan Haji Salim Bin Ghazali, Tuan Imam Masjid Sultan Idris Shah II Teluk Muroh iaitu Tuan Haji Yusuf Radhi Bin Tahir juga selaku pembaca doa. Penduduk setempat dan orang ramai turut hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...