Rabu, 27 Mac 2013

GSPS-Diskusi Ilmiah Taman RPA 4

oleh : Nazrul Taharim


Kuala Kangsar 21 Mac- Sempena bagi memperingati mangsa-mangsa tragedi anggota keselamatan yang terkorban di Lahat Datu,Sabah,KEMAS Kuala Kangsar dengan kerjasama penduduk Taman Rancangan Perumahan Awam 4,telah mengadakan Majlis Ilmu Diskusi Ilmiah di Perkarangan Pejabat KEMAS Kuala Kangsar.Di dalam program tersebut Majlis Bacaan Yassin dijalankan dengan dihadiri hampir 70 orang masyarakat bagi sama-sama berdoa agar roh mereka dicucuhri rahmat serta bagi yang masih lagi berjuang di sane bagi mempertahankan keamanan negara semoga selamat dengan jayanya.
Didalam majlis tersebut berlangsung majlis ilmu yang disampaikan oleh Al Fadil Ustaz Suparnur b Mohd Arjor,Penyelia Kanan KEMAS Kuala Kangsar. Beliau banyak menerangkan kenapa orang Melayu patut mempertahankan Agama,Bangsa dan Negara.Beliau juga mengingatkan kepada umat Islam agar terus mempertahankan Kalimah Allah yang sekarang ini dipermainkan oleh pihak pembangkang.Didalam pada itu,beliau menjelaskan sedikit sebanyak hasil usaha kerajaan yang telah dibuat untuk membantu rakyat seperti BRIM,Bantuan Persekolah dan lain-lain lagi.

Didalam Majlis tersebut diadakan tahlil bagi memperingati mangsa kemalangan jalan raya anggota KEMAS dari Parlimen Lenggong iaitu Pn Norhafizah Bt Adam yang telah kembali ke rahmataullah pada 20 Mac 2013.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...