Jumaat, 7 Februari 2014

BENGKEL PENGUSAHA BANTUAN EKONOMI KAMPUNG (BEK) DAERAH KINTA/KAMPAR SIRI 1/2014




3 Februari,Gopeng - KEMAS Daerah Kinta/Kampar telah mengadakan Bengkel Pengusaha Bantuan Ekonomi Kampung (BEK) baru baru ini bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) Gopeng selama 1 hari. Bengkel ini telah berjaya mengumpul 15 orang pengusaha dari 6 buah Parlimen di bawah KEMAS Daerah Kinta/Kampar.Sedikit info atau maklumat berkenaan BEK ini adalah Bantuan Ekonomi Kampung (BEK ) adalah pemberian terus (geran) yang diberikan kepada pengusaha desa yang berdaya maju untuk meningkatkan pengeluaran hasil dan kualiti produk masing masing khususnya di kampong GDW. Program ini memberi peluang kepada pelatih KEMAS dan pengusaha yang kurang berkemampuan serta kekurangan modal tetapi bersemangat tinggi meningkatkan pengeluaran produk. Pelaksanaan BEK dapat merealisasikan dasar kerajaan untuk menjanakan sumber kekayaan baru luar Bandar dan sektor pertanian sebagai enjin pertumbuhan kedua ekonomi negara

Bengkel Pengusaha BEK ini telah dihadiri oleh 15 pengusaha 3P,Penyelia-penyelia 3P dari 6 buah Parlimen di dalam KEMAS Daerah Kinta/Kampar, Penyelia-penyelia Kanan Parlimen,Pegawai KEMAS Daerah Kinta/Kampar Puan Zalina Bt Zainal Abidin dan Penolong Pengarah Operasi 2 KEMAS Negeri Perak, Tuan Haji Mohamad Bin Husin. Objektif dan tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk sama sama mengumpulkan pengusaha BEK dan seterusnya bersama sama berkongsi idea, pengalaman dan permasalahan yang timbul dalam mengurusakan perniagaan mereka.Disamping itu pengusaha dapat menyuarakan cadangan kepada pihak pengurusan KEMAS Negeri Perak.
 
Sessi Pembentangan oleh Pengusaha
Ucapan Penutup oleh Penolong Pengarah Operasi 2 KEMAS Ng Perak
Ternyata dengan adanya bengkel seumpama ini dapat memberikan impak positif kepada dua belah pihak iaitu pihak pengusaha BEK dan juga pihak Jabatan KEMAS dengan respons dan maklum balas yang positif dan membina semasa sessi penggulungan Bengkel ini. Bengkel ini diakhiri dengan penyampaian sijil kepada pengusaha BEK dan sessi bergambar kenang kenangan.

Disediakan oleh : Istanbul


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...