Jumaat, 5 April 2013

GSPS-PROGRAM MESRA RAKYAT KG PULAI



Oleh : Nazrul Taharim

Kuala Kangsar 22 Mac 2013- Program Mesra Rakyat penghubung kepada penyatuan masyarakat di dalam kampung.KEMAS Kuala Kangsar baru-baru telah mengadakan Program Mesra Rakyat di Kampung Pulai Ara Panjang.Program tersebut diterajui di bawah unit Pembangunan Desa dan Perhubungan DUN dengan kerjasama JKKK Kg Pulai Ara Panjang.Antara pengisian yang cukup penting adalah masyarakat di dalam kampung mengadakan Majlis Bacaan Yassin kepada semua mangsa yang terkorban di Lahat Datu,Sabah serta parajurit-parajurit yang masih bertungkus lumus mengawal keamanan bagi memastikan negara terus aman sejahtera.


Program tersebut mendapat sokongan yang amat baik dari penduduk kampung yang diterajui oleh Pengerusi JKKK Kg Pulai iaitu En Muhammad Hanafiah B Saidin.Dia dalam ucapan Pengerusi JKKK,beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada KEMAS Parlimen Kuala Kangsar di bawah kepimpinan Ustaz Suparnr b Mohd Arjor,Penyelia Kanan KEMAS Kuala Kangsar yang membantu Kampung bagi menjalankan program sedemikian.Beliau juga memaklumkan terdapat 2 orang anak watan kampung yang turut berada di Lahat Datu,Sabah sebagai parajurit untuk menjaga keamanan di sana.

Program tersebut disempurnakan oleh En Mohd Kamil b Dato Shafie,Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar yang telah member sokongan sepenuhnya perlaksanaan program tersebut.Beliau menyeru kepada semua masyarakat kampung supaya terus menyokong KEMAS di dalam apa jua keadaan serta kerajaan yang sedia ada sekarang.Beliau juga menyeritakan sedikit sebanyak siapa penganak KIRAM yang sebenarnya dan mengapa mereka mahu mengambil Sabah.Dalam ucapan beliau juga menyambut baik keputusan kerajaan yang terus membela rakyat di bawah dengan meneruskan lagi BRIM pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...