Jumaat, 5 April 2013

PTSR - PEMBERIAN HAMPER


Disediakan oleh : Wartawan MEDIA KEMAS Parlimen Parit

Parit 22/03/2013 : KEMAS Parlimen Parit sekali lagi turun ke padang untuk sumbangan pemberian hamper kepada wargaemas dan juga kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Program diadakan di Kg. Parit Utara dan diharidi oleh YB. ADUN Belanja Dato' Hj. Mohd Zaim b. Hj. Abu Hassan serta Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Parit iaitu Hjh. Zaharah b. Hj. Ahmad. 


Kehadiran adalah hampir seramai 50 orang dan peserta mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan yang diberikan dan dapat meringankan beban keluarga. Disamping itu juga mereka dapat berjumpa dan bersoal jawab dengan YB Adun Belanja mengenai masalah-masalah yang mereka hadapi. Semoga dengan adanya program seperti ini, dapat merapatkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat. Pemimpin yang beraja di hati rakyat adalah pemimpin yang dapat menjaga kebajikan dan keperluan rakyatnya.


13 Anugerah Allah SWT kepada mereka yang bersedekah
*********************************************
1- Para Malaikat sentiasa berdoa supaya ditambahkan rezeki kepada pemberi sedekah.
2- Merupakan kemenangan ke atas syaitan.
3- Memadam kemurkaan Allah SWT.
4- Merupakan rawatan atau penyembuh kepada segala penyakit.
5- Mengawal kehormatan dan maruah.
6- Memperbaiki amalan anda sebelum mati.
7- Pelindung kepada api neraka.
8- Menempah tempat dibawah Bayangan Allah SWT.
9- Memberi keberkatan kepada pemilik harta.
10- Melembutkan hati yang keras.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...