Jumaat, 5 April 2013

TAUTAN KASIH SEMAIAN BUDI PTSR 2






Oleh:wawamaizatul






Lenggong 2 April 2013,bertemakan "TAUTAN KASIH SEMAIAN BUDI",KEMAS Parlimen Lenggong telah mengadakan Program di sekitar PDM Kuak.Ia melibatkan 6 buah kampung iaitu Kampung Pengkalan Ikan,Kampung Kelantan,Kampung Pelagut,Pekan Kuak,Kampung  Danglang dan Kampung Lata Papan.
Sebanyak  25 buah rumah telah dikunjungi oleh kakitangan KEMAS yang diketuai oleh Puan Zanariah bt Din Penyelia Pra sekolah Lenggong.Penyampaian sumbangan berupa hamper makanan harian.

Turut serta  bersama  rombongan ialah ahlijawatankuasa wanita cawangan.Kebanyakan penerima terdiri daripada ibu tunggal dan warga emas.Dalam program ini,penerima amat berterima kasih kepada pihak kerajaan yang amat prihatin terhadap masyarakat,mereka mengharapkan agar kerajaan dapat meneruskan program seumpama ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...