Isnin, 7 April 2014

BENGKEL PENGEMASKINIAN SISTEM e-BPM KEMAS NEGERI PERAK 2014

Pada 31 Mac hingga 2 April 2014 telah diadakan Bengkel Pengemaskinian Sistem e-BPM. Seramai 50 kakitangan KEMAS unit BPM hadir bagi mengemaskini data unit BPM ke dalam sistem. Bengkel telah dihadiri oleh Pengarah KEMAS Negeri Perak, Tuan Ahmad Kamal Idris b. Hj. Nawawi dan beliau juga turut memberi ucaptama serta memberi amanat-amanat kepada semua unit BPM agar terus ke hadapan serta meningkatkan lagi keupayaan di dalam bidang tugasan harian.


Sebagai tuan rumah, acara gotong-royong memasak, yang menjadi amalan mengeratkan silaturahim serta mengukuhkan hubungan, menjadi modus operasi menyediakan makan pagi dan tengahari secara bersama semua pemaju masyarakat unit BPM KEMAS Parit. Menu utama adalah gulai tempoyak patin serta pecal yang menjadi kegemaran ramai.


Sebagai acara akhir, peserta BEK KEMAS Parit (Qisdina Pastri) dijemput membuka gerai jualan kek dan pastri. Ramai peserta mengambil kesempatan membeli kudapan untuk dibawa pulang. Terima kasih kepada yang membeli.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...