Isnin, 16 Jun 2014

Karnival Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia - PARIT



PARIT, 12 APRIL 2014 - Karnival Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia membuka peluang kepada golongan belia melalui pelbagai acara dan aktiviti yang disediakan mengikut kehendak dan gaya hidup mereka.

Karnival Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia yang melibatkan yang melibatkan semua daerah adalah sebagai laluan untuk mengetengahkan bakat-bakat belia sebagai mengisi slot untuk Festival Belia Putrajaya yang bakal berlangsung dari 23 hingga 25 Mei nanti. Konsep Laluan ke Putrajaya atau ‘Road to Putrajaya’ membuka peluang kepada belia di peringkat akar umbi untuk bersaing melalui aktiviti berbentuk pertandingan di peringkat daerah sebelum dipilh untuk bersaing di peringkat negeri. Pemenang di peringkat negeri pula secara automatik mewakili negeri masing-masing untuk mencari juara di Putrajaya Mei nanti.



di Parit, Karnival Fiesta telah diadakan di dataran Parit dan Perasmian Pembukaan telah dilakukan oleh YB. Dato' Shahrul Zaman Yahya ~ Exco Belia, Sukan, Komunikasi & Multimedia Negeri Perak. Hadir sama, Pengerusi Majlis Belia Daerah Perak Tengah dan Pegawai Belia dan Sukan Perak Tengah.

Golongan belia di negara ini seharusnya tidak melepaskan peluang ini untuk menonjolkan bakat yang ada disamping menyokong program yang disediakan untuk mereka. Pada majlis ini juga, Dato’ Shahrul menunjukkan gayanya dengan menyertai aktiviti senamseni yang disediakan sebagai pembukaan karnival bersama-sama pengunjung yang datang. 




Karnival Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia bermula dari pukul 8.00 hingga 10.00 malam dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk kerohanian, kecergasan, rekreasi dan beberapa segmen yang lain mengikut citarasa belia.

KEMAS Parit telah di jemput untuk menyediakan pertandingan yang melibatkan penyertaan belia dan Tabika. Antaranya adalah seperti Pertandingan Gubahan Bunga, Pertandingan Gubahan Tuala, Pertandingan Dekorasi Kek dan Pertandingan Mewarna.

Gambar sepanjang aktiviti karnival di Parit...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...