Selasa, 2 April 2013

PTSR - DISKUSI ILMIAH


Disediakan oleh : Wartawan MEDIA KEMAS Parlimen Parit

Parit 22/03/2013 - Diskusi Ilmiah telah diadakan di Kg. Simpang 3. Penceramah jemputan adalah Ustaz Yaakub b. Awang Hamat dari Unit Bina Insan KEMAS Parlimen Parit. Turut hadir adalah Ketua Kampung, Ketua Cawangan, Ketua Wanita serta JKKK Kampung Simpang 3. Kehadiran peserta adalah seramai 40 orang.


Untuk renungan kita bersama : "Kelebihan Duduk Dalam Majlis Ilmu"
 
Saidina Ali r.a. pernah berkata, Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu menjaga dirimu sedangkan kamu menjaga harta. Ilmu akan bertambah jika disebarkan manakala harta akan berkurangan jika dibelanjakan. Para ulama itu akan tetap hidup selamanya meskipun jasadnya tidak ada dan ajaran mereka itu selalu diingati di dalam hati.
 
Nilai ilmu akan kita rasa jika kita menuntut di sekolah, kolej atau universiti. Tetapi kita perlu ingat ada juga tempat menuntut ilmu yang percuma, namun ilmu yang diberi tidak akan kurang sikit nilainya di sisi Allah SWT iaitu di masjid-masjid dan di surau-surau. Walau dimanapun majlis itu diadakan yang penting ialah kemahuan kita ke arah itu ada. Jika kita berkehendak majlis ilmu di masjid biasanya diadakan selepas subuh, iaitu kuliah subuh, selepas solat dhuha, iaitu kuliah dhuha dan selepas solat maghrib iaitu kuliah maghrib yang boleh kita ikuti tanpa kos. Kita cuma perlu mengorbankan masa lebih kurang sejam atau lebih dengan secara terus menghadap tuan guru atau ustaz dan terus juga boleh bertanya jika ada kemusykilan.
 
Walaupun ianya percuma namun sambutan yang diberikan amat mengecewakan di mana jumlah hadirin amatlah kecil berbanding jumlah penduduk disekeliling masjid itu.  Mungkin orang lebih suka mendengar kuliah daripada saluran televisyen namun itu tidak sama dengan mendengarnya secara langsung dengan penceramah.
 
Di majlis ilmu seperti di masjid adalah menjadi tempat persinggahan para malaikat. Malaikat ini akan mendoakan para jemaah yang duduk dalam majlis ilmu itu. Alangkah bertuahnya kita bila mana mendapat doa daripada para malaikat yang sentiasa taat kepada perintah Allah SWT.
 
Jika kita menuntut ilmu agama atau apa sahaja ilmu yang bermanafaat adalah satu pekerjaan yang mulia dan mereka yang berilmu akan diangkat darjatnya di sisi Allah.  Untuk lebih jelas lagi kita renung maksud hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, Rasullullah SAW bersabda, 'Siapa yang ingin melihat orang dimerdekakan Allah daripada neraka, maka lihatlah para murid (pelajar agama) maka demi Allah yang jiwa Muhammad SAW di tangan-Nya, tiada seorang pelajar yang berulang-alik ke pintu orang alim melainkan Allah menulis untuknya bagi tiap huruf yang dipelajari dan setiap langkah sama dengan ibadah satu tahun, dan untuk setiap langkah satu kota di syurga dan tiap ia berjalan dimintakan ampun oleh bumi dan tiap pagi dan petang tetap diampunkan dosanya, dan disaksikan oleh malaikat, bahkan mereka berkata: 
"Mereka inilah yang dimerdekakan oleh Allah dari api neraka." 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...