Selasa, 2 April 2013

PROGRAM RAMAH MESRA DI KAMPUNG PASIR PUTIH

Barisan tetamu undangan yang hadir 
 
Majlis yang dianjurkan oleh KEMAS Pasir Salak dan UMNO Cawangan Pasir Putih ini telah diadakan pada 28 Mac 2013 bertempat di Dewan Orang Ramai Kg.Pasir Putih, Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Sufian Bin Mohamad Kohor Ketua Kampung Pasir Putih merangkap Ketua PDM Cawangan Kg.Pasir Putih. Turut hadir pada majlis ini ialah En. Azmi Bin Ismail Penyelia Perhubungan KEMAS Dun Kg.Gajah.

Majlis yang dihadiri lebih dari 100 orang ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Masjid Kg.Pasir Putih iaitu Ustaz Rosli.

Bersemangat penceramah undangan Yang Berbahagia Ustaz Yaakob menyampaikan Ceramahnya
 
Majlis yang dihangatkan dengan kehadiran Penceramah Undangan Ustaz Yaakob Bin Awang Hamad Pemaju Masyarakat Bina Insan KEMAS Parit ini telah berjaya mencuri tumpuan tetamu yang hadir kerana aksi beliau yang bersemangat dan mencuit hati. Memetik ucapan dari ceramahnya beliau mengingatkan penduduk kampung dan pengundi pengundi di kawasan Kg.Pasir Putih supaya bersyukur dan sentiasa mengenang jasa kerajaan Barisan Nasional kerana Kerajaan Sekarang banyak memberi bantuan dan sentiasa peka dengan masalah rakyat, kata nya lagi kerajaan Barisan Nasional dibawah Kepimpinan Yang Berbahagia Dato'Seri Najib adalah Sebuah Kerajaan yang menepati janji, oleh itu beliau menggesa agar pengundi pengundi di kawasan kg.Pasir Putih terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan yang amat perihatin kepada rakyat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...