Rabu, 3 April 2013

TAUTAN KASIH DI RPS AIR BAH



Oleh:wawamaizatul





Bakat tidak mengenal rupa,.. Itulah yang boleh digambarkan apabila peserta peserta pertandingan Karaoke mula melontar vokal di pertandiangan itu.
27 Mac 2013 Lenggong.Program Tautan Kasih telah diadakan di Rancangan Penempatan Semula Air Bah Lenggong.Ia melibatkan seramai 30 keluarga yang mendiami di situ.Program ini mendekatkan KEMAS dengan masyarakat orang asli.

Antara aktiviti dijalankan ialah penyampaian sumbangan berupa hamper dan penyerahan di buat di dewan sewang kampung tersebut.Dalam program ini juga dijalankan pertandingan karaoke terbuka.Seramai 15 orang peserta terdiri daripada 10 orang perempuan dan 5orang lelaki.








Masyarakat di sini melahirkan rasa gembira kerana pihak KEMAS sudi datang bertemu dan mengadakan pelbagai program bersama mereka.Penghulu Encik Panjang bin Din mengharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan.


































































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...