Rabu, 3 April 2013

GSPS DANDANAN DIRI




Oleh : wawamaizatul














"Jom jadi cantik menawan" itulah tema Program Dandanan Diri

Lenggong 28 Mac 2013,KEMAS Parlimen Lenggong telah mengadakan pertandingan dandanan diri bagi wanita masyarakat orang asli di RPS Air Bah.Jumlah penyertaan seramai 30 orang secara berkumpulan.Menyedari bahawa keterampilan seseorang wanita menggambarkan peri diri dan dapat meyerlahkan sifat feminin,pertandingan ini sekaligus menyerlahlah kebolehan wanita orang asli dalam kawasan Parlimen Lenggong.

Pertandingan dimulai dengan demontrasi dandanan diri oleh unit BPM Puan Suhaizan Waras.Demontrasi cara solekan dan pemakaian pakaian serta tudung yang sesuai dengan majlis dan keadaan.Menepati slogan "Tiada yang tertinggal dan tiada yang terpinggir" KEMAS Lenggong berusaha mendekatkan wanita wanita orang asli dengan arus Femininasi atau arus wanita kini.

Kebanyakan peserta menyatakan rasa gembira kerana di beri pendedahan dandanan diri,dan mengharapkan agar program ini diadakan lagi.Respon lain yang diberi juga menggambarkan betapa mereka merasakan KEMAS Lenggong amat hampir dengan masyarakat orang Asli dengan tidak meminggirkan apa jua aktiviti buat mereka.

Di akhir pertandingan,berlangsung majlis penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Penghulu Encik Panjang bin Din.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...