Rabu, 3 April 2013

PROGRAM KURSUS "JAHITAN KREATIF" DIWARISI HINGGA KINI



Oleh: Wartawan  Media KEMAS Lumut
 LUMUT – 1 April 2013 telah bermulanya “Kursus Jahitan Kreatif” Pendidikan Kesejahteraan Keluarga KEMAS Parlimen Lumut  dan berakhir pada 2 April 2013. Kursus ini memberi peluang kepada peserta kelas PKK dan masyarakat tempatan untuk mengikuti kursus Jahitan Kreatif yang boleh dijadikan punca pendapatan masyarakat tempatan disamping memastikan jahitan kreatif dikenali dan diwarisi tidak akan pupus. 



Kursus ini merupakan siri kedua dimana ianya telah mendapat peruntukan dari KEMAS Negeri Perak disebabkan KEMAS Parlimen Lumut telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan aktif dalam bidang ini.
En Ahmad bin Awang Pembantu Masyarakat Kanan KEMAS Negeri Perak telah berkenan merasmikan majlis penutupan kursus tersebut. Beliau telah menggalakkan kepada semua peserta agar meningkatkan tahap ekonomi dan pendapatan mereka melalui jahitan kreatif ini.
 Beliau berkata “Saya berharap dengan adanya kemahiran kreatif jahitan ini, para peserta semua dapat mempraktikkan dan menyebarkan kemahiran ini kepada kawan-kawan yang tidak berkesempatan mempelajari ilmu jahitan ini pada kali ini.Beliau juga menegaskan kepada semua perserta supaya terus mempertahankan dan mengekalkan pentadbiran yang ada kerana selama ini kita telah sama-sama mengecapi keamanan negara jauh berbeza dari Negara-negara yang lain.



   Diakhir program peserta telah menerima sijil penyertaan dan telah mendapat setiap hasil kerja kreatif mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...