Rabu, 3 April 2013

HALAQAH......BINA INSAN LENGGONG



Oleh : wawamaizatul 




Lenggong 2 April 2013,Unit Bina Insan KEMAS Parlimen Lenggong telah mengadakan program Halaqah di TABIKA KEMAS Kampung Chepor.Ceramah disampaikan oleh Ustazah Fazilah bt Muhamad Penyelia Bina Insan Lenggong dengan tajuk Nikmat Keamanan.


Dalam pengisian ceramah itu,ustazah Fazilah Muhamad mengupas dan menjelaskan betapa keamanan yang dikecapi di negara ini bukanlah datang secara tiba-tiba,bukan juga hasil dari kerja berseorangan.Tetapi dikecap dan dinikmat oleh rakyat atas kerja keras dan usaha dengan keredhaan Allah oleh pemimpin pemimpin negara ini.

Beliau menerangkan bahawa nikmat nikmat yang diterima oleh kita sebagai rakyat dinegara ini tidak harus kita remeh dan sia sia lalu kita korbankan hanya kerana dengan kata kata atau bicara kebencian yang selalu kita dengar di tapak tapak ceramah parti politik.

Membandingkan nikmat nikmat Allah kepada umat islam di negara ini dengan saudara saudara islam kita di negara negara jiran cukup menginsafi betapa kita seharusnya melahirkan rasa syukur dengan kelebihan tersebut.

Kehadiran seramai 30  orang daripada masyarakat setempat.Respon daripada peserta amatlah baik.Ceramah yang dimulakan pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...