Rabu, 27 Mac 2013

KEMAS LENGGONG TURUN BERTEMU RAKYAT PROGRAM TAUTAN KASIH.



oleh: wawamaizatul








Pada 17 Mac 2013, mulai jam 10.30 pagi  KEMAS Parlimen Lenggong telah mengadakan Program Titik Sentuhan Rakyat (PTSR) Tautan Kasih sekitar Banggol Belimbing iaitu di Kampung Chain/Batu dinding. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sumbangan hamper kepada warga emas, OKU dan ibu tunggal.

Sumbangan diedarkan sebanyak 30 hamper berupa barang keperluan makanan.Turut serta dalam program ini ialah YB Dato Shamsul Anuar b.Hj Nasarah Ahli Parlimen Lenggong. Reaksi daripada penerima amat baik dan berterima kasih pada jabatan KEMAS yang menganjurkan program seperti ini.  

YB Dato merakamkan tahniah kepada kakitangan KEMAS Lenggong yang berjaya menganjurkan dan menjemput beliau bersama-sama untuk bertemu penduduk. Beliau mengharapkan agar program ini diteruskan pada masa akan datang .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...