Selasa, 2 April 2013

SANTAI BERSAMA PEMIMPIN DI DUN ALOR PONGSU


ALOR PONGSU 30 MAC 2013 :- Program Santai Bersama Pemimpin DUN Alor Pongsu yang telah diadakan di Kampung Matang Merbau baru-baru ini meriah dengan kehadiran kira-kira 150 orang masyarakat yang terdiri daripada golongan belia, wanita dan warga emas .

Program yang sentiasa dinantikan oleh masyarakat itu di anjurkan oleh Pejabat KEMAS Kawasan Bagan Serai dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Matang Jelutung . 

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan pada program tersebut adalah seperti sembang santai antara pemimpin dengan masyarakat dan cabutan nama bertuah . 

Rata-rata mereka yang hadir berasa amat bangga dengan kehadiran Dato' Sham Bin Mat Sahat , ADUN Kawasan Alor Pongsu dan Penyelia Kanan KEMAS Kawasan Bagan Serai yang turut bersama-sama masyarakat pada majlis tersebut bagi mendengar permasalahan , pandangan serta cadangan daripada mereka .
Dato' Sham Bin Mat Sahat yang berucap pada program tersebut turut memberi penjelasan serta menjawab persoalan berkenaan insiden pencerobohan pengganas Sulu ke atas Lahad Datu dan Semporna yang sememangnya menjadi isu yang besar ketika ini . Beliau juga menyarankan agar generasi muda serta semua penduduk tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan dakyah yang kerap dibuat oleh mereka yang tak bertanggung jawab serta tuduhan -tuduhan kononnya kerajaan sebagai dalang insiden tersebut .




Masyarakat disitu juga amat berharap agar program seumpama ini dapat diadakan lagi di situ pada masa akan datang bagi membolehkan mereka bersuaikenal, menyuarakan pandangan dan pendapat serta beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin mereka .









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...