Selasa, 2 April 2013

PERASMIAN MINI RTC DAN GELANGGANG FUTSAL FELCRA LEKIR

Oleh: Wartawan Media KEMAS Lumut

LUMUT – Program Pemimpin Bersama Masyarakat serentak dengan Pelancaran Mini RTC dan Perasmian Gelanggang Futsal Felcra Lekir yang diadakan di Felcra Lekir telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Kong Cho Ha, Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Lumut pada 30 Mac 2013 yang lalu.
 Dalam ucapan perasmiannya,  beliau mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Shafie Afdal kerana telah menepati janjinya pada tahun lepas ketika mengadakan lawatan ke Felcra Lekir untuk membina sebuah gelanggang futsal di Felcra Lekir ini. 



 Acara yang diadakan pada hari tersebut adalah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun, sukaneka keluarga, futsal, pertandingan lipatan kain, teka biji Sawit dan juga cabutan nombor bertuah.  Pertandingan halaman tercantik juga telah diadakan dan hadiah untuk pemenang telah diberi pada tersebut. 






 Beberapa jabatan kerajaan juga telah mengambil bahagian dalam pameran seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Veteriner, Jabatan Pengangkutan Jalan, dan Jabatan Penerangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...