Isnin, 1 April 2013

GIANT BURGER MENU KURSUS MASAKAN REMAJA BAGAN SERAI



  




BAGAN SERAI :- Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)  Bagan Serai di bawah unit Bahagian Pendidikan Masyarakat (BPM)  telah menganjurkan kursus masakan  dengan tema  " Giant Burger " bagi golongan beliawanis dan suri rumah pada 23 Mac 2013 di Anjung Bestari Matang Gerdu .

Kursus  yang dihadiri oleh 34  orang peserta ini  diberi latihan oleh tenaga pengajar dari  Akademi Kulinari KEMAS Malaysia iaitu Puan Norazian Binti Abu Bakar .Kursus ini  bertujuan memberi pendedahan makanan barat kepada penduduk luar bandar disamping memberi peluang kepada mereka untuk berniaga bagi meningkatkan  pendapatan isi rumah.

Kursus ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Datin Zakiah Binti Abd Rahman , Isteri  kepada YB Adun Alor Pongsu sebagai tetamu untuk merasmikan kursus tersebut . Dalam ucapannya ,beliau menyarankan supaya program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.  








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...