Khamis, 28 Mac 2013

PERTANDINGAN MEWARNA TABIKA KEMAS

Disediakan oleh : shafika
 
AHAD,17 MAC 2013_Kampung Sungai Haji Muhamamad,pertandingan mewarna kanak-kanak tabika KEMAS Dun Rungkup dibawah naungan KEMAS Parlimen Bagan Datoh telah berlangsung di Karnival pelancaran Mini RTC Sungai Haji Muhammad di Mini RTC itu sendiri.Program ini telah berlangsung seawal jam 8.30 pagi selepas sesi pendaftaran yang dibuka pada pukul 7.30 pagi.Banyak pertandingan dan acara yang dijalankan sekitar perlancaran mini rtc yang dianjurkan oleh KKLW(Kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah) ini antaranya pertandingan menaip cepat,pertandingan merebut kerusi dan pertandingan memasak berasaskan rendang.Selain itu banyak juga gerai pameran yang dibuka untuk para penduduk kampung bagi mendapatkan maklumat,seiring dengan visi KKLW iaitu sebagai peneraju kemajuan luar bandar.Diantara gerai yang mengambil bahagian ialah Bomba dan Penyelamat,Kementerian Kesihatan,FAMA,UITM,Agensi Anti Dadah Kebangsaan,Jabatan Pendaftaran,Jabatan Veterinar,Pertubuhan Peladang,Pejabat Pertanian Bagan Datoh dan beberapa pengusaha-pengusaha mini rtc sendiri..Tepat pada jam 9.30pagi kertas-kertas lukisan yang diwarnai oleh kanak-kanak tabika ini telah diambil oleh para hakim untuk para hakim mrngira dan sekaligus memilih pemenang bagi nombor 1,2 dan 3.Karnival pelancaran mini rtc ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahgia Dato'Shahrol Zaman Bin Dato' Yahya selaku SETPOL Menteri Pertahanan Malaysia,beliau dikhabarkan terpaksa mengantikan YB Dato'Seri DR. Hj.Ahmad Zahid B.Hj.Hamidi selaku Ahli Parlimen Bagan Datoh merangkap Menteri Pertahanan kerana Dato' Ahmad Zahid B. Hj Hamidi masih berada di Lahad Datu,Sabah.Program ini telah diakhiri oleh penyampaian hadiah kepada para peserta dan jamuan makan tengahari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...