Jenderata Divisyen 3,Mini Karnival 2013 sebagai Program Mesra Rakyat telah berlangsung selama 5 jam ini yang bermula seawal jam 4.00 petang ini berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama pelbagai pihak diDewan Linquist.Program ini mendapat sambutan baik daripada seramai 200 orang penduduk yang telah hadir dari pelbagai golongan umur tidak kira tua atau muda, wanita atau lelaki dan kecil atau besar.
Banyak agensi telah beri kerjasama penuh pada program anjuran KEMAS ini antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kawasan Rukun Tetangga, MIC Bahagian UMNO Bagan Datoh dan Wanita Barisan Nasional. Selain dari itu terdapat beberapa acara yang di pertandingkan antaranya ialah pertandingan memasak rendang ayam,pertandingan sukaneka iaitu sukan bowling kelapa,masukkan manik dengan cepat, tiup belon dan kerusi berlagu.
Program ini cukup meriah dengan riuh rendah penduduk apabila bermulanya acara-acara yang dipertandingkan secara berturut,program ini juga telah diselangi dengan pemberian saguhati kepada pelajar cemerlang.Beberapa ucapan yang disampaikan yang mengharapkan pihak kemas dapat menganjurkan lagi program ini dan mereka juga mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak KEMAS. Program ini telah berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang dan kepada yang hadir memeriahkan majlis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan