Isnin, 1 April 2013

PROGRAM MESRA RAKYAT BERSAMA PEMIMPIN DI SIMPANG 3

Disediakan oleh : shafika


JAM 9.00 malam telah berlangsungnya satu Program Mesra Rakyat di Pusat Daerah Mengundi di Simpang 3 Rungkup ini pada hari sabtu,30 mac 2013.Program ini telah dihadiri kira-kira seratus lebih yang terdiri dari pelbagai golongan peringkat umur tidak kira golongan tua atau muda,wanita mahupun lelaki.Pada  awal majlis program ini telah di beri ucapan oleh Encik Amat bin Mohd Atar selaku AJK UMNO Bahagian DUN Rungkup diikuti dengan ucapan dari Dato' Halim selaku AJK UMNO Bahagian DUN Rungkup juga kemudian  Kapten Bersara Encik Toha' bin Bahari juga turut mrnyampaikan sepatah dua kata,beliau juga merupakan Pegawai Khas DUN Rungkup.
 
 
 
Selain dari itu juga, antara tetamu lain yang hadir bersama ialah Ketua Kampung Matang Kunda En Asmawi,Tuan Haji Omar Ahmad selaku Ketua Kampung Simpang 3 dan tidak ketinggalan Penyelia Kanan KEMAS Cik Aminah Manap dan beberapa Pemaju Masyarakat KEMAS juga turut hadir bersama di program ini.
Didalam program ini setiap pemimpin telah menyentuh topik mengenai peranan dan tanggungjawap oleh setiap orang yang akan bekerjasama dalam PRU 13 yang akan datang tidak lama lagi.Penduduk kampumpung juga diberi peluang untuk bertanyakan perkara yang kurang difahami supaya lebih jelas dan difahami.
Program ini telah berakhir pada jam 12.30 malam dengan sedikit jamuan dan sembang-sembang bersama pemimpin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...