Isnin, 1 April 2013

DEMONSTRASI SOLEKAN DI PARLIMEN TAPAH...





"Walaupun hitam, jika digilap, akan lebih cantik dari putih.".   Itulah ungkapan yang sesuai untuk digambarkan kepada masyarakat orang asli di Kg Batu 10, Jalan Pahang yang telah menghadiri Kursus Dandanan Diri yang telah dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tapah pada 22 Mac 2013 yang lalu.  Seramai 30 orang dikalangan wanita dewasa dan remaja yang telah menghadiri kursus ini  Turut memeriahkan majlis ini, sekumpulan pelajar asing dari pelbagai negara yang menyertai program anak angkat di Kg Batu 10, Jalan Pahang.



Program ini diadakan bagi bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara KEMAS dengan masyarakat disini.  Selain itu, bagi mendedahkan masyarakat disini bahawa KEMAS sebagai salah satu agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam memajukan masyarakat luar bandar dengan melalui program seperti ini.



Program ini dimulai dengan ucapan daripada En Jifridin bin Ismail selaku Pegawai KEMAS Daerah Batang Padang.  Dalam ucapan beliau, beliau menegaskan bahawa masyarakat Orang Asli tidak perlu malu dan segan untuk menghadiri program-program seperti ini kerana kaum mereka iaitu bumiputera telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.  Mereka sepatutnya merasa bangga dan bersyukur kerana kerajaan sentiasa menjaga kebajikan mereka sehingga ke peringkat akar umbi.



Penduduk kampung Batu 10, Jalan Pahang mengucapkan terima kasih kepada KEMAS Daerah Batang Padang di atas program yang dianjurkan dimana mereka dapat menambah dan memantapkan lagi pengetahuan mereka mengenai solekan. Harapan mereka supaya, program ini akan diadakan lagi pada masa akan datang supaya mereka terdedah dengan dasar-dasar kerajaan yang sentiasa berpihak kepada mereka.  Keinginan mereka untuk menimba ilmu dan pengetahuan tersekat dengan jarak perjalanan yang jauh.  Semoga mereka diberikan ilmu yang bermanfaat untuk mencorak masyarakat yang maju dan berdaya saing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...