Selasa, 2 April 2013

BACAAN YASIN DAN TAHLIL BERSAMA PEMIMPIN TEBOK BENGKANG

Disediakan oleh : shafika


 29 MAC 2013,Majlis bacaan yasin dan tahlil bersama pemimpin di Kampung Tebok Bengkang telah dilaksanakan pada hari jumaat yang penuh rahmat dengan lancar.Majlis ini telah dihadiri seramai lebih kurang 40 orang yang terdiri daripada kaum ibu dan bapa.Selain daripada itu majlis bacaan yasin ini telah diketuai oleh Imam kampung ini sendiri iaitu Imam Anuar bin Haji Husin.


Walaubagaimanapun,majlis yang bermula pada pukul 4.30 petang dan berakhir pada pukul 6.00 petang ini amat sayu apabila pada mula sebelum bacaan ini dimulakan,Ketua Kampung iaitu Kapten Bersara En Toha' bin Bahari  telah memberi ucapan mengenai para perwira yang telah terkorban diLahad Datu,Sabah dan juga mengenai keamanan negara ini.
Antara tetamu yang turut hadir  bersama ialah Penyelia Bina Insan KEMAS Parlimen Bagan Datoh,Puan Ummi Kalsom dan juga Ustazah Jamrah.Ustazah ini juga merupakan guru agama yang mengajar penduduk kampung khususnya pada kaum ibu tentang perihal agama islam dan menjadi rujukan mengenai agama islam.
Majlis ini telah diakhiri dengan jamuan minum petang selepas selesai tahlil dan ucapan ringkas daripada imam.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...