Selasa, 2 April 2013

JEJARI KETAM MENGGAMIT MASYARAKAT ORANG ASLI




BEHRANG - Bertempat di Tabika KEMAS Kg Sg. Lembing telah diadakan Program Titik Sentuhan Rakyat iaitu Demonstrasi Masakan Jejari Ketam oleh YM Cik Raja Siti Zaharah binti Raja Abd Razak, Pemaju Masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga(PKK) pada 8 Mac 2013 yang lalu.  Seramai 30 orang yang hadir dalam program tersebut.




Program ini bertujuan bagi mendedahkan masyarakat sekitar berkenaan peranan KEMAS sebagai penggerak bagi membangunkan kemajuan masyarakat luar bandar. KEMAS sebagai salah satu saluran untuk masyarakat orang asli untuk memajukan ekonomi keluarga mereka.  Harapan mereka kepada KEMAS supaya KEMAS sentiasa perlu mengadakan program seperti ini bagi mendedahkan mereka berkenaan dengan dasar-dasar kerajaan supaya mereka tidak terpinggir dan tidak tertinggal.




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...