Ahad, 31 Mac 2013

KUNJUNGAN KASIH DI KAMPUNG TELUK BULOH





18 MAC 2013_ISNIN Program Kunjungan Kasih telah diadakan di Kampung Teluk Buloh,Hutan Melintang,Perak.Program ini telah direncanakan oleh Kemas parlimen Bagan Datoh seawal 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 1 tengahari. Program ini telah disambut baik oleh keluarga kanak-kanak Tabika Kemas dikampung Teluk Buluh tersebut.Selain itu kanak-kanak dari keluarga miskin dan kanak-kanak e-kasih juga turut terlibat didalam program ini.Penyelia kanan Kemas Bagan Datoh cik Aminah binti Abdul Manap juga hadir bersama-sama untuk serta dalam program ini sekaligus menyampaikan saguhati berupa hamper makanan kepada 21 keluarga kanak-kanak di kampung Teluk Buluh ini.Disamping melawat dan menyampaikan hamper kepada kanak-kanak ini,banyak yang boleh dijadikan kesedaran pada diri setiap ahli yang mengikuti program ini.Diharap program ini akan diteruskan lagi pada setiap tahun kerana program ini amat memberangsangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...