Khamis, 20 Disember 2012

BENGKEL KEIBUBAPAAN TABIKA PARLIMEN TAPAH

  
YB Dato’ Samsudin bin Haji Abu Hassan turut hadir
TAPAH - Pada 28 Mei 2012, Unit Pra Sekolah KEMAS Parlimen Tapah telah mengadakan Program Bengkel Keibubapaan TABIKA di Dewan Kampung Air Semambu, Temoh Stesyen. Antara jemputan yang hadir adalah Ketua-Ketua Kampung dan penduduk kampung setempat.





Majlis ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara masyarakat, pihak kerajaan dan masyarakat kampung dengan menggalakkan penyertaan dan penglibatan aktif anggota masyarakat kampung tanpa mengira umur, keturunan, bangsa dan anutan agama dalam semua aktiviti kampung. Selain itu Program Mesra Rakyat juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran sivik dan pengetahuan sebagai akses kepada pembangunan modal insan serta memperkukuhkan institusi keluarga ke arah masyarakat desa yang bersatu-padu untuk mengekalkan kestabilan negara.


Program ini telah bermula pada jam 2.00 petang dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti Pertandingan Masakan, Pertandingan Gubahan Buah-Buahan dan Ceramah Agama oleh Ustaz Abdul Khodir bin Rejab selaku Penyelia Bina Insan KEMAS Parlimen Teluk Intan.

Program ini dirasmikan oleh YB Dato’ Samsudin bin Haji Abu Hassan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ayer Kuning. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...