Khamis, 20 Disember 2012

SATU KAKITANGAN SATU PROGRAM

TRADISI ADAT BAPUKUNG
BAGAN SERAI – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Bagan Serai telah berjaya menyahut cabaran Pengarah KEMAS Negeri Perak untuk melaksanakan program  “ Satu Kakitangan Satu Program “ bagi tahun 2012  di bawah Unit Perhubungan. Program tersebut melibatkan tiga DUN iaitu DUN Alor Pongsu, DUN Gunung Semanggol dan DUN Selinsing .

Seramai 56 kakitangan KEMAS Parlimen Bagan Serai telah terlibat dalam melaksanakan program ini yang terdiri daripada Penyelia Kanan, Penyelia Pelbagai Jurusan dan Pemaju Masyarakat.

MASAK BUBUR LAMBUK TU

Gotong royong membungkus bubur asura
Objektif program ini adalah untuk memperkasakan program-program KEMAS kepada kumpulan sasar melalui pendekatan perancangan bersepadu atau intergrated planning , disamping mengoptimakan penyertaan kumpulan sasar dalam setiap program dimana kesannya dapat mengubah sikap dan persepsi rakyat kepada dasar-dasar kerajaan sedia ada .

Antara program yang dilaksanakan ialah Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Program Membudayakan Budaya Masyarakat Setempat seperti Adat Berpukung Masyarakat  Melayu Banjar  dan Gotong Royong Memasak Makanan Tradisional Melayu Banjar “ Wadai Keeping “  dan “ Balungan Ayam”. Selain itu terdapat juga Pertandingan Sepak Takraw Belia, Majlis Menyambut Bulan Ramadhan, Gotong – royong Memasak Bubur Lambuk, Majlis Marhaban, Majlis Bacaan Yassin, Majlis Berbuka Puasa dan diserikan lagi dengan Program Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri.



Turut hadir sepanjang program ini berlangsung, Pegawai Daerah Kerian , En. Kamruddin bin Awang. Penghulu Mukim, Penyelaras DUN dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Serai.
Program yang julung- julung kalinya diadakan ini  amat meriah dan mendapat sambutan dari masyarakat setempat. Ia juga dapat mengeratkan ikatan silaturahim dan perpaduan antara agensi kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...