Khamis, 20 Disember 2012

GOTONG – ROYONG PERDANA 5S


Semua Kakitangan terlibat dalam gotong royong

IPOH – Amalan 5S membentuk disiplin warga KEMAS dengan mengutamakan kebersihan, kecekapan, kemesraan, ketepatan, penyeragaman dan keselamatan disamping sentiasa mengamalkan budaya kerja 5S yang berteraskan kepada usaha penambahbaikan secara berterusan melalui kerja berpasukan.

Sehubungan dengan itu, kakitangan KEMAS Negeri Perak telah menjalankan Aktiviti  Gotong-royong Perdana 5S pada 8 dan 9 Mac 2012 bertempat  di Pejabat KEMAS Negeri Perak. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program gotong-royong perdana tersebut ialah menyisih dan membuang barang atau dokumen yang tidak perlu, menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, dan membersih peralatan-peralatan yang ada.


Pengasingan Fail serta susun atur semula
Pelaksanaan gotong-royong 5S ini juga adalah bertujuan meneruskan semangat kaizen di dalam diri kakitangan KEMAS Perak di samping mengaplikasikan ‘S’ yang terakhir dalam urutan susunan 5S iaitu ‘Sentiasa Amal’. Semua kakitangan telah menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi semasa menjalankan aktiviti gotong-royong ini dan menggambarkan talian ukhuwah yang kuat antara semua kakitangan KEMAS Perak.


Menurut Pengarah KEMAS Perak, En Ahmad Kamal Idris bin Hj. Mohd Nawawi,perubahan sebegini akan memberi impak yang lebih berkesan kepada setiap kakitangan kerana ini akan membuatkan segala urusan pejabat berjalan dengan lancar dan memudahkan komunikasi antara kakitangan apabila semua disatukan di tempat yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...