Ahad, 31 Mac 2013

PROGRAM TITIK SENTUHAN RAKYAT - DEMO MASAKAN DI BATU 6, JALAN PAHANG


TAPAH - Pada 07 Mac 2013,  KEMAS Parlimen Tapah telah mengadakan Program Titik Sentuhan Rakyat (PTSR) Siri 1 -   Demonstrasi Masakan Mee Kuah Nyonya di TABIKA Batu 6, Jalan Pahang. Antara jemputan yang hadir adalah En Jifridin selaku Pegawai KEMAS Daerah Tapah,  Tok Batin, Puan Sharifah Salwa Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Tapah dan penduduk kampung setempat.


Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara masyarakat dan pemimpin tempatan disamping para peserta dapat mempelajari resepi ini. Selain itu, para peserta juga didedahkan maklumat dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa.



Menurut En Jifridin, KEMAS sentiasa menepati kehendak masyarakat selaras dengan perkembangan semasa. Seramai 40 orang dari kalangan Orang Asli yang hadir bagi memeriahkan program ini.


  

Penduduk kampung Batu 6, Jalan Pahang mengucapkan terima kasih kepada KEMAS Daerah Batang Padang di atas program yang dianjurkan dimana mereka dapat menambah dan memantapkan lagi pengetahuan mereka mengenai masakan. Mereka juga meminta agar program sebegini diadakan lagi pada masa yang akan datang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...