Ahad, 31 Mac 2013

SANTAI MESRA BERSAMA PENGUNDI MUDA PARLIMEN IPOH BARAT

Antara pengundi muda yang hadir


IPOH - 20 Mac 2013,satu majlis temu mesra pengundi muda bersama Ketua Puteri UMNO Bahagian Ipoh Barat dan KEMAS Parlimen Ipoh Barat telah diadakan bertempat di premis KFC Ipoh Garden,Ipoh.Majlis yang bermula pada jam 9.00 malam itu telah berjaya mengumpulkan kira-kira 30 orang muda (wanita) dari sekitar Parlimen Ipoh Barat.
Penyampaian cenderahati oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian Ipoh Barat

Majlis yang berjalan dalam suasana santai dan mesra berjaya menarik minat pengundi muda untuk mengetahui dan memahami dengan lebih jelas program-program yang dijalankan oleh pihak kerajaan.Pn Isfarina selaku Ketua Puteri UMNO Bahagian yang hadir di majlis tersebut mengajak pengundi-pengundi muda tampil mengundi di PRU13 nanti.
Sebilangan Pengundi muda bergambar bersama warga KEMAS Ipoh Barat
Pihak KEMAS Parlimen Ipoh Barat juga mengambil kesempatan majlis ini untuk sama menerangkan berkenaan Belanjawan 2013 seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan muda dan juga Baucar Buku 1Malaysia kepada golongan pelajar di IPT.Majlis berakhir kira-kira jam 10.30 malam dan secara keseluruhannya majlis berjaya dalam usaha untuk mendekati golongan sasaran iaitu pengundi muda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...