Sabtu, 6 April 2013

"MY BEAUTIFUL MALAYSIA DAY" KEMAS LUMUT


UCAPAN ADO DAERAH MANJUNG 
LUMUT - KEMAS Parlimen Lumut bersama-sama Barisan kepimpinan Kampung dan Penghulu Mukim Lekir telah Berjaya mengadakan program “My Beautiful Malaysia Day” pada 3hb Febuari, 2013 jam 8.00 pagi  bertempat di perkarangan Tabika/Taska KEMAS Pusat PEKA Batu 10 Lekir. 


Program tersebut telah disempurnakan oleh Wakil Pegawai Daerah Manjung. Turut serta dalam program ini En Rashidi bin Ibrahim Naib Ketua UMNO Bahagian Lumut, Penghulu Mukim Lekir En Ahmad Khamis dan barisan ketua-ketua kampung Mukim Lekir.

Program ini juga mendapat sambutan yang mengalakkan dari penduduk kampung, guru-guru dan murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan dan Ngo yang berhampiran dengan kehadiran peserta 400 orang.

Pengisian program tersebut diantaranya ialah gotong royong menanam pokok dan membersihkan didalam dan diluar kawasan TABIKA, Balai Penghulu, Sekolah Kebangsaan, sekolah Agama Rakyat, Dewan Orang Ramai dan sekitar jalan masuk ke Tabika Pusat PEKA. 



Gimik pelancaran telah dilakukan oleh Tn Penolong Pegawai Daerah Manjung dan En Rashidi Naib Ketua UMNO Bahagian Lumut. Sebelum itu Perasmian ini telah disempurnakan oleh En Rashidi bin Ibrahim. Program  “My Beautiful Malaysia Day” berakhir jam 1.30 tengahari.

Program My Beautiful Malaysia yang dilancarkan secara serentak di seluruh negara yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Diperingkat negeri Perak pula dirasmikan oleh Yab Menteri Besar Perak di Padang Ipoh, Turut hadir Menteri KKLW, Dato' Ketua Pengarah dan Pengarah Kemas negeri Perak Tn Ahmad Kamal Idris bin Hj Nawawi 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...