Sabtu, 6 April 2013

MY BEAUTIFUL KEMAS LENGGONG



KEMAS Parlimen Lenggong pada 2hb Mac 2013 menganjurkan Program My Beautiful KEMAS  Lenggong yang melibatkan semua kakitangan bersama Pembantu Pemaju Masyarakat Sukarela (PPMS), Seawal mulai 7.30 pagi semua yang terlibat mulai hadir dan memulakan gotong royong seperti yang dirancangkan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong pembersihan kawasan ,membuat lanskap dan menanam tanaman herba seperti cekur,hempedu bumi,daun sambung nyawa,kaduk dan Bakawali.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong pembersihan kawasan ,membuat lanskap dan menanam tanaman herba seperti cekur ,hempedu bumi, daun sambung nyawa,kaduk dan Bakawali.


Program ini diadakan bersempena Pelancaran My Beautiful Malaysia pada 3 Februari 2013 lalu yang dilancarkan secara serentak seluruh Malaysia. Di Perak Perasmian peringkat negeri diadakan di Padang Ipoh pada 3 Febuari lalu oleh Dato Seri Diraja Dr Zambri bin Haji Abdul kadir selaku Menteri Besar perak. Turut hadir Menteri KKLW dan Ketua Pengarah KEMAS Malaysia.

Bersih, kemas dan teratur imej Kemas
Mengambil kira keberkesanan program seperti begini serta saranan Pengarah Kemas Perak Tn Ahmad Kamal Idris bin Haji Mohd Nawawi supaya mencontohi dan dipraktikan di peringkat Parlimen atau kawasan, maka Kemas Lenggong turut menjayakan program yang sama di peringkat Kemas Parlimen Lenggong,   

Sehubungan dengan aktiviti ini setiap kumpulan ceria  TABIKA dan TASKA serta unit CPM digabungkan bagi kelancaran program, mereka juga telah menyumbangkan bunga hiasan bagi mencantikkan kawasan dalam dewan utama.dan surau. Aktiviti gotong royong di bahagikan mengikut kumpulan untuk memudahkan proses mencantikkan kawasan Kompleks Komuniti Desa sebelum Program dimulakan. Program diakhiri dengan taklimat serta makuluman terkini daripada penyelia Kemas kawasan Lenggong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...