Oleh : Sharmila
Tagore
PARIT BUNTAR – Seramai 56 orang kakitangan KEMAS Parlimen Parit Buntar
telah terlibat dalam Bengkel Perhubungan yang telah diadakan bertempat di Pusat
Aktiviti KEMAS Kampung Nelayan, Kuala Kurau selama 2 hari bermula pada 23 Mei
2012 hingga 24 Mei 2012, jam 2.00 petang hingga 12.00 malam.
Bengkel yang disertai oleh Pemaju Masyarakat danPenyelia
Pelbagai Jurusan ini diadakan bertujuan meningkatkan kefahaman yang lebih
mendalam dalam usaha melahirkan kakitangan yang berdaya tahan professional
dalam melaksanakan tugas. Melalui pendedahan yang diterima pada bengkel ini, ia
diharap mampu menambah ilmu pengetahuan tentang kaedah menyelesaikan tugas
secara sistematik.
Di antara objektif yang ditekankan di dalam program ini
adalah untuk memberi pendedahan kepada pemaju-pemaju masyarakat menggunakan
perisian Microsoft Access dan pengemaskinian data-data maklumat serta isu
semasa.
Antara penceramah yang diundang bagi menjayakan bengkel
tersebut adalah En. Mohd. Zaidi bin Saharudin, PPDP Sungai Siput, En. Mohd
Nazrul bin Taharim, PPDP Kuala Kangsar, Puan Noralyawati binti Ahmad Khir, PPDP
Batu Gajah, Puan Nurul Liyana binti Ahmat Rasip, PPDP Bagan Serai dan En. Indra
Safril bin Sukarman, PPDP Taiping.
Bengkel
ini diceriakan lagi dengan kehadiran Pengarah KEMAS Negeri Perak, En. Ahmad
Kamal Idris bin Haji Nawawi . Dalam
ucapannya, beliau amat berharap setiap kakitangan KEMAS haruslah memiliki
penghayatan mendalam dalam menjiwai
tugas yang diamanahkan agar ianya dapat dilaksanakan dengan penuh
dedikasi serta efisyen dan sistematik. Turut hadir bersama ialah En. Usman bin
Kadir, Pegawai Perhubungan KEMAS Negeri Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan