Isnin, 21 Januari 2013

PERASMIAN SERENTAK MESYUARAT PENGERUSI JAWATANKUASA AKTIVITI KEMAS PARLIMEN LUMUT OLEH YAB MENTERI BESAR PERAK


Teluk Batik : lebih 300 Pengerusi serta Jawatankuasa Aktivi Kemas Tadika Peringkat Parlimen Lumut hadir di Teluk Batik Resort, Lumut bagi meyempurnakan Majlis Pelacaran Serentak oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr Zambri bin Hj Abd Kadir, Menteri Besar Negeri Perak 4.30 petang semalam. Turut hadir bersama Dato’ Seri Kong Cho Ha yang juga merupakan Ahli Parlimen Lumut.

Ucapan Aluan oleh Tn Ahmad Kamal Idris Bin Haji Mohd Nawawi selaku Pengarah Kemas Perak juga menyentuh bagaimana Kemas Lumut yang cukup aktif terutamanya Pengerusi serta jawatankuasa Aktiviti di setiap Tabika juga memainkan peranan penting bagi menjayakan setiap program Kemas yang bukan hanya untuk pendidikan Kanak-kanak tadika sahaja sebaliknya dipelbagai aktiviti yang turut membabitkan program Bina insan, Pendidikan Kesejahteraan Keluarga dan latin-lain.





Kemas sedaya mungkin dalam usaha memberikan segala bentuk pendidikan atau pun pembelajaran terhadap Bina insan serta kemahiran untuk para Ibu Bapa seperti program masakan, jahitan, Cermah Agama, kelas- kelas Fardu Ain dan banyak lagi sesuai dengan tanggung jawab Kemas sebagai egen Kerajan terhadap Kemajuan Masyarakat.

Beliau Juga mengucapkan ribuan terima kasih terhadap YAB Menteri Besar kerana sanggup hadir keMajlis tersebut, menurutnya lagi YAB Menteri Besar juga amat perihatin dan memang akrab serta memberi kerjasama yang begitu baik sekalipun dengan jadual yang begitu ketat dengan pelbagai program. Menteri Besar sentiasa hadir Anjuran Kemas.





Diucapan Perasmian  oleh YAB Menteri Besar semalam turut menyentuh penghargaan terhadap Kemas Perak dilihat turut membantu serta sebagai egen kepada kerajaan.  Kemas sentiasa mengadakan pelbagai program diperingkat akar umbi bagi memastikan Rakyat tidak ketinggalan dari segi pembaharuan serta pembangunan kemajuan Masyarakat. ‘Kalau dulu Ibu-ibu terhad dalam jenis masakan, kali ini apa sahaja jenis masakan yang hendak dibuat sudah mampu diadakan hasil pembelajaran dari kelas-kelas anjuran Kemas.

Majlis di akhiri dengan penyampaian Plak dan sijil penghargaan kepada semua Pengerusi serta jawatankuasa aktiviti Kemas Parlimen Lumut. Para hadiran terutama yang terlibat dalam program ini juga tidak melepaskan peluang bergambar dengan Menteri Besar





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...