Selasa, 22 Januari 2013

YBMK II DIMAJLIS PELANCARAN SERENTAK MESYUARAT PENGERUSI JAWATANKUASA AKTIVITI KEMAS PARLIMEN TAMBUN


Ahad, 20.1.2013, Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Pengerusi Jawatankuasa Altivti Kemas Parlimen Tambun oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan II Dato' Seri Ahmad Husni bin Haji Hanadzlah didewan taman meru, Jelapang mengamit lebih 300 haidran yang hadir kemajlis tersebut terdiri daripada Pengerusi-penegerusi, ketua-ketua kampung, Pemimpin Tempatan, UMNO Tambun, petugas Barisan Nasional dan juga ibu bapa anak-anak.

Persembahan oleh Kumpulan Nasyid tadika Kemas Tambun
Majlis bertambah gamat apabila kumpulan Nasyid Tadika Kemas Tambun yang juga merupakan Juara Nasyid peringkat negeri Perak membuat persembahan, semasa memulakan persembahan pertama penonton memberikan tepukan gemuruh disamping merasa tidak begitu puas hati kerana persembahan dibawah pentas utama tidak dapat dilihat sepenuhnya terutama yang duduk dibarisan paling belakang.

akhirnya diatas pentas, semula persembahan
Sebaik selesai persembahan pertama YBMK II yang ketika itu berada diatas pentas meminta Tn Pengarah Kemas Perak Ahmad Kamal Idris Haji Mohd Nawawi serta Pegawai Kemas Daerah Kinta Pn Zalina Binti Zainal Abidin untuk menjemput kumpulan Nasyid Juara Negeri Perak agar membuat persembahan diatas pentas, Sebaik anak-anak ini dijemput keatas pentas mereka diberikan tepukan gemuruh kerana bakat cilik yang ada pada mereka dengan persembahan yang memukau hadiran. Ikuti VIDEO tersebut di FB BULKEP (KLIK)


Pengarah dalam ucapan aluannya mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran YBMK II ke majlis tersebut, beliau juga menyentuh soal pembinaan bangunan baru Tabika Kemas yang sudah dan bakal didirikan di Perak terutama di parlimen Tambun sendiri, beliau juga mengucapkan penghargaan terhadap penglibatan semua ketua-ketua kampung, pengerusi dan jawatankuasa tabika, Barisan Nasional ParlimenTambun serta penduduk dan ibu bapa pelajar yang begitu aktif malah memberikan komitmen yang begitu terhadap setiap kali program atau aktiviti Kemas yang diadakan, YBMK II juga memainkan peranan penting membolehkan Kemas diparlimen Tambun begitu aktif dan berpontensi dengan keperihatinan serta bantuan beliau

Tersendiri, YBMK II Ucapan dengan cara beliau tersendiri..

YBMK II dalam ucapan beliau begitu menarik perhatian hadiran yang tekun mengikuti hingga selesai, beliau juga memperkenalkan barisan pegawai beliau yang juga turut hadir termasuk ketua-ketua kampung yang turut hadir dalam majlis tersebut, secara bergurau beliau juga berharap segala keperluan serta urusan terus kepada mereka yang telah pun diberi tanggung jawab termasuk untuk rancangan pembinaan Bangunan Tabika Kemas yang baru.

Meyambung ucapannya, beliau juga menyentuh dengan pengalaman semasa diluar negara, contohnya seperti di Negara Denmark bila kadar pengangguran di sana melebihi 30% berbeza  dan amat jauh ketara sekali di Malaysia yang hanya punyai kadar 3% sahaja, beliau juga menyentuh bagaimana bila menghadiri mesyurat diluar negara negara luar sentiasa memuji pentadbiran Datuk Seri Mohd Naib bin Tun Abdul Razak dan kecemerlangan Malaysia di persada Dunia.

YBMK II juga menerangkan pelbagai kelebihan rakyat Malaysia serta berharap Negara akan bertambah maju serta aman di bawah pimpinan Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...