Rabu, 10 April 2013

PERLAWANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH DAN BOLA JARING 3 PENJURU KAMPUNGDENDANG BERUAS 2013






Kejor Yeop Kejor ! Begitulah semangat yang ditunjukkan dalam perlawanan bola sepak yang telah diadakan di Kg Dendang pada 7 April 2013 Ahad lalu. Kampung yang terlibat adalah terdiri daripada 3 buah kampung iaitu Kg Dendang, Kg Pintu Gerbang dan Kg Tualang. Perlawanan yang julung-julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat setempat khususnya golongan belia.


Ucapan telah disampaikan oleh anak jati Kg Dendang, En Ahmad Kamal Idris bin Hj Mohd Nawawi yang merupakan Pengarah KEMAS Negeri Perak yang telah memberikan perangsang dan semangat kepada pemain-pemain yang terdiri daripada 6 pasukan bola sepak dan 3 pasukan bola jaring ini. Turut hadir ialah Dato' Chang Kor Youn, Penasihat Kepada MB Perak yang turun padang memberikan sokongan kepada pemain-pemain.







Acara berakhir dengan penyampaian hadiah atas kemenangan dari pasukan Kg Pintu Gerbang dalam acara bola sepak, manakala acara bola jaring dimenangi oleh pasukan dari Kampung Tualang.Masing-masing telah menerima hasiah berbentuk wang tunai dan. Masyarakat setempat mengharapkan agar program ini menjadi satu acara tahunan pada masa akan datang.






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...