Selasa, 26 Mac 2013

"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"- CERAMAH MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEMAS PARLIMEN BERUAS 2013


BERUAS-Kampung Banjar , 24 Januari 2013 Majlis Ceramah Sambutan Maulidur Rasul KEMAS Parlimen Beruas 2013 mendapat sambutan baik dengan kehadiran 200 orang dari penduduk setempat. Ceramah yang bertemakan Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah ini telah disampaikan oleh A.F Ustaz Abdul Khodir bin Rejab,Penyelia Bina Insan KEMAS Teluk Intan.Dalam ceramah beliau mengatakan betapa pentingnya masyarakat bersifat wasatiyyah (bersederhana) dalam segala aspek kehidupan dan mengikut sunnah Rasulullah S.A.W yang terpuji.Tanpa sifat bersederhana ini, maka manusia akan sentiasa leka, bersifat boros, riak dan berbangga diri.


  

Majlis turut diiringi dengan persembahan Nasyid dari Kumpulan Wanita Kg Banjar dan Bacaan Ayat Suci Al-Quran dari pelajar Sekolah Agama Rakyat Kg Banjar. Turut memberikan kerjasama adalah Barisan Kepimpinan Kampung Banjar dan FELCRA BHD dalam program tersebut.Program seumpama ini diharap dapat dijadikan acara tahunan sempena memperingati Rasulullah S.A.W.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...