Selasa, 26 Mac 2013

ALAM PERMOTORAN BERSAMA SHAHRUL YUZY



Slim – 06 Januari 2013 yang lalu bertempat di Perkarangan Dewan Feldajaya Trolak, Trolakjaya Utara telah diadakan Seminar Alam Permotoran bersama Shahrul Yuzi yang telah dianjurkan oleh KEMAS dengan kerjasama Majlis Belia Felda Wilayah Trolak.  Seramai 106 orang belia dari Wilayah Trolak telah menyertai seminar ini. 
Sempena program itu juga, belia-belia yang hadir telah didedahkan dengan cara-cara pemanduan ‘Ala Mat Rempit’  yang sebenar mengikut garis panduan dan keselamatan yang telah ditetapkan. Didalam program ini, setiap belia yang hadir diberi peluang untuk mencuba menunggang MotoGP yang dibawa khas oleh pasukan Shahrul Yuzi.  Belia-belia ini telah diadakan ujian saringan untuk memilih siapakah yang layak menjadi pelapis.

Pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang program ini antaranya ialah Demonstrasi Pencegahan Jenayah oleh Pasukan Polis daripada IPD Tg.Malim, Pameran Booth oleh jabatan-jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun serta persatuan bukan kerajaan seperti Maybank Berhad, PDRM, Agensi Anti Dadah, Cubprix Motor GP dan sebagainya.





Turut hadir Encik Anuar b Manan, Pengerusi Majlis Belia FELDA Malaysia(MBFM), Pengarah Pembangunan Komuniti FELDA,Encik Anuar b Malik sebagai perasmi program, Dato’ Mohd Khusairi b Hj Abd Talib, ADUN Kawasan Slim merangkap Ketua UMNO Bahagian Tg. Malim, Shahrul Yuzi sebagai tenaga pengajar dan tetamu khas iaitu Pelumba Airasia SIC-Ajo/KTM, Zulfahmi Khairuddin yang menduduki tempat kedua dalam Grand Prix Motosikal Malaysia 2012(MotoGP 2012) di Litar Antarabangsa Sepang tahun lalu. 
Dengan adanya program ini, KEMAS dapat mendekati golongan belia-belia bagi disamping membantu belia-belia dengan memberi peluang kepada belia untuk mengembangkan lagi bakat mereka mengikut aliran dan bidang yang tepat untuk mereka ceburi.  Harapan semoga belia-belia ini mempraktikkan ilmu yang telah dicurahkan dengan baik tanpa menyalahgunakan ilmu yang telah dipelajari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...