Selasa, 2 April 2013

USTAZ KAZIM HADIR DI SLIM RIVER

Oleh : Bintu Darus

"Kalau Dah Jodoh...." itulah rancangan yang berbentuk keagamaan yang berjaya menarik minat 1 juta penonton di kaca televisyen.  Rancangan ini di tayangkan di Astro Oasis dan  dihoskan oleh Ustaz Mohd Kazim bin Elias Al Hafiz.  Oleh itu, KEMAS Parlimen Tg. Malim mengundang beliau dalam Program Sambutan Hari Kebesaran Islam pada 29 Mac 2013 yang lalu.


Program ini telah dirasmikan oleh ADUN Kawasan Slim, Y.B Dato' Mohd Khusairi bin Hj Abdul Talib.  Turut hadir di dalam majlis tersebut Pegawai KEMAS Daerah Batang Padang, Encik Jifridin bin Ismail dan Pegawai Pentadbir Agama Pejabat Agama Daerah Kecil Slim River.  

Majlis dimulakan jam 3.00 petang  dengan bacaan doa oleh mantan Penyelia Bina Insan KEMAS Parlimen Tg Malim Ustaz Hj Md Sharafi bin Zakaria dan seterusnya dengan ucapan perasmian oleh Dato' Mohd Kushairi.  Dalam ucapan beliau, beliau mengucapkan terima kasih kepada KEMAS kerana mengadakan program seperti ini kerana ini salah satu cara untuk mengumpulkan umat Islam walaupun mempunyai perbezaan fahaman politik.  Niat murni ini perlu diambil contoh oleh jabatan-jabatan kerajaan yang lain bagi usaha untuk menyatupadukan orang melayu dan umat Islam.

Kemudian diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Kazim bin Elias Al Hafis yang bertajuk "Perpaduan Ummah".  Seramai lebih 600 orang yang telah membanjiri Dewan Tan sri Ghazali Jawi, Slim River. Semoga dengan program ini dapat menyatupadukan hati-hati orang Islam di Malaysia kerana perpaduan itu amatlah berharga bagi negara. Sudah 56 Tahun negara merdeka dengan bertunjangkan perpaduan yang kukuh dengan harapan perpaduan ini kekal hingga akhir zaman.


 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...