Selasa, 2 April 2013

BACAAN YASSIN DAN TAZKIRAH DI KG KETOYONG

 Oleh : Bintu darus


Behrang - Bertempat di Surau Kg Ketoyong telah diadakan Majlis Bacaan Yassin dan Tazkirah yang melibatkan 20 orang dikalangan wanita yang hadir.  Program ini dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tg. Malim pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Tujuan program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara KEMAS dengan penduduk sekitar.  Selain itu, ianya bagi mendedahkan masyarakat di kampung ini berkenaan dengan peranan KEMAS.  KEMAS bukan hanya menitikberatkan pendidikan awal kanak-kanak sahaja malah KEMAS juga menitikberatkan pendidikan masyarakat dan pendidikan rohani masyarakat. 


Majlis ini dimulai dengan bacaan yassin yang dipimpin oleh Ustazah Nurmah binti Mahiram, Pemaju Masyarakat Bina Insan KEMAS Parlimen Tg. Malim.  Kemudian majlis diteruskan dengan tazkirah mengenai "Tugas Khalifah di atas muka bumi Allah".  Tazkirah ini menyentuh tanggungjawab manusia dalam mempertahankan negara yang mencakupi tugas-tugas manusia sebagai khalifah Allah s.w.t.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...