Selasa, 2 April 2013

PENDEKATAN MELALUI BACAAN YASSIN DAN TAZKIRAH DI SLIM VILLAGE

Oleh : Bintu Darus
"Pentingnya Perpaduan Dalam Hidup".  Itulah tajuk tazkirah yang disampaikan oleh Mantan Penyelia Bina Insan KEMAS Parlimen Tg. Malim, Ustaz Asyrafi pada 23 Mac 2013 yang lalu.  Seramai 20 orang yang terdiri daripada kaum hawa telah menghadiri program ini. Program ini dianjurkan oleh KEMAS Parlimen Tg. Malim.


Tazkirah ini amat menyentuh perasaan hadirin yang hadir kerana penyampaian yang berkesan dan tajuk yang dibawa oleh penceramah amat bertepatan dengan keadaan di Malaysia sekarang.  Tiada lagi yang boleh menyelamatkan umat Islam itu sendiri jika sesama umat Islam itu tidak mencuba untuk mencapai perpaduan.  Firman ALLAH SWT, Surah Ar-Rad, Ayat 11 yang bermaksud, "Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri."

Tujuan program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara KEMAS dengan masyarakat kampung.  Ini sebagai platform kepada KEMAS bagi mendekati masyarakat supaya masyarakat dapat memahami dasar-dasar kerajaan yang cuba disampaikan oleh KEMAS.  Penduduk berharap program seperti ini di teruskan bagi merapatkan silaturrahim antara KEMAS dengan penduduk kampung malah dengan sesama penduduk kampung.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ANTARA PAPARAN SEBELUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...